KURSUS ILS OPEN WATER LIFEGUARDING PUTRAJAYA

Kursus Menyelamat ‘Open Water ILS Lifeguarding’ yang dianjurkan oleh Cruise Tasik Putrajaya dengan kerjasama Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia [LSSM] yang mendapat pengiktirafan badan menyelamat antarabangsa iaitu International Life Saving Federation [ILSF] yang beribu pejabatkan di Leuven, Belgium.

Kursus ini dihadiri oleh 16 orang kakitangan daripada Cruise Tasik Putrajaya, Kelab Tasik Putrajaya dan juga Taman Wetland. Tenaga Pengajar dan Pemeriksa adalah daripada Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia [LSSM] yang amat terlatih dalam bidang masing-masing.Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk membentuk kakitangan ke arah disiplin diri, tindak balas terhadap situasi kecemasan, komunikasi dengan orang ramai, penilaian keadaan dan berkemampuan untuk memantau dan menyelia dalam semua aspek jati diri.

Bermula daripada 12hb hingga 15hb Disember, 2006 daripada jam 8 pagi hingga 6 petang. Di adakan di Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland, Putrajaya. Keadaan tasik di Taman Wetland yang sesuai iaitu dekat dengan infrastruktur yang lengkap dengan peralatan keselamatan di air seperti kenu dan bot penyelamat memberi kelebihan sebagai satu lokasi yang amat bersesuaian.
Kelas teori di adakan secara santai di dalam wakaf yang amat selesa.

Antara syarat-syarat Kelayakan Asas sebelum menyertai kursus ini adalah mempunyai Sijil Penyelamat Asas iaitu Pingat Gangsa.

Untuk lulus Open Water ILS, setiap peserta perlu melepasi 30 jam untuk latihan teori dan fizikal di samping mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang kuat untuk :
1. Lari 200 meter, Renang 200 meter dan Lari 200 meter dalam masa tidak melebihi 8 minit
2. Renang 300 meter dalam masa tidak melebihi 9 minit
3. Kelajuan Renang 50 meter dalam masa tidak melebihi 50 saat
4. Mampu menarik mangsa 100 meter
5. Mampu menyelam sejauh 25 meter
6. Kaedah menyelamat menggunakan Rescue Tube
7. Kaedah menyelamat menggunakan bot, kenu dan juga surf board
8. Kaedah menyelamat mangsa yang mengalami kecederaan tulang belakang [spinal injury]
9. Kaedah terkini aktiviti Bantu Mula dan CPR, ujian praktikal ke atas patung dan bertulis juga di lakukan
10. Penyediaan laporan yang berkaitan dengan kemalangan

No comments: