AKTIVITI NOVEMBER, 2008



KURSUS KAYAK STAR ONE
Tarikh - 05 dan 06 November, 2008
Hari - Rabu dan Khamis [2 hari]
Masa - 09.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat - Taman Wetland Paya Indah
Dengkil, Selangor DE
Bayaran Penyertaan - RM 250-00 seorang
Termasuk - Nota, Peralatan Latihan, Instruktor Bertauliah & Sijil Kelayakan untuk Star One
Sijil Kelayakan - Persatuan Kenu Malaysia [MASCA]
Kelayakan Penyertaan - Berumur 14 tahun ke atas, minat dan kesungguhan
Kekosongan - 5 orang sahaja

KURSUS CPR
Tarikh - 09 November, 2008
Hari - Ahad [1 hari]
Masa - 09.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat - Pusat Aktiviti Luar, Taman Wetland Putrajaya
Presint 13, Putrajaya
Bayaran Penyertaan - RM 150-00 seorang
Termasuk - Nota, Peralatan Latihan, Instruktor Bertauliah & Sijil Kelayakan untuk CPR
Sijil Kelayakan - Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia
Kelayakan Penyertaan - Berumur 14 tahun ke atas, minat dan kesungguhan
Kekosongan - 40 orang

KURSUS INTENSIF MENYELAMAT KELEMASAN DI AIR
Tarikh - 16 hingga 20 November, 2008
Hari - Ahad hingga Khamis [5 hari]
Masa - 09.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat - Kolam Renang, Kompleks Sukan Air , Presint 6, Putrajaya
Bayaran Penyertaan - RM 480-00 seorang
Termasuk - Nota, Peralatan Latihan, Instruktor Bertauliah & Sijil Kelayakan untuk Pingat Gangsa
Sijil Kelayakan - Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia
Kelayakan Penyertaan - Berumur 14 tahun ke atas, minat, kesungguhan dan kebolehan berenang 100 meter di bawah 5 minit
Kekosongan - 6 orang sahaja

KURSUS AQUATIC RESCUE [Pengurusan Spinal Injury]
Tarikh - 28 dan 29 November, 2008
Hari - Jumaat dan Sabtu [2 hari]
Masa - 08.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat - Kolam Renang, Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya
Bayaran Penyertaan - RM 320-00 seorang
Termasuk - Nota, Peralatan Latihan, Instruktor Bertauliah & Sijil Penyertaan untuk Aquatic Rescue
Kelayakan Penyertaan - Berumur 18 tahun ke atas, minat, kesungguhan & berkebolehan berenang
Kekosongan - 40 orang




Hubungi Dollah Said di 012 6353 070 untuk maklumat lanjut

Satu Renungan
Setiap individu masyarakat perlu dididik untuk memahami CPR, satu kaedah kecemasan pemulihan pernafasan sementara menunggu bantuan tiba.Marilah kita sama-sama cuba untuk mengujudkan SATU PENYELAMAT SATU KELUARGA untuk keluarga masing-masing.

Untuk makluman, kursus CPR ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Instruktor-Instruktor bertauliah daripada Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia dengan menggunakan modul daripada Kementerian Kesihatan Malaysia di mana Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia adalah ahli gabungan satu badan antarabangsa, International Life Saving Federation [ILSF].

Modul CPR terkini [30 tekanan, 2 hembusan, 5 pusingan] adalah daripada International Liasion Committee on Resuscitation [ILCOR] yang diterima pakai oleh semua badan-badan resusitasi dunia seperti American Heart Association [AHA]. Kursus boleh diadakan secara berkumpulan atau pun 'sharing basis' yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Tempat latihan boleh dilakukan ditempat anda asalkan ianya berupa dewan serbaguna, hotel, ruang tamu rumah atau pejabat yang bebas daripada gangguan dimana presentation akan dibuat dalam bentuk power point.Dengan 6 jam dan modulnya meliputi CPR untuk dewasa, kanak-kanak dan bayi, teorinya adalah 30% dan praktikalnya 70%.

Semuga dengan kursus sebegini banyak nyawa dapat kita selamatkan - anak-anak kita, kaum keluarga kita, sahabat kita dan juga orang-orang yang kita sayangi. Sekurang-kurangnya sesuatu dapat kita lakukan sementara menunggu bantuan tiba atau kita lakukan semasa dalam perjalanan ke hospital - selain dari menangis, meratap, telefon sana sini, berfikiran tak tentu arah, panik dll.

Fikir-fikirkan lah .....

UJIAN PENYELAMAT PINGAT GANGSA & ILS

Tarikh : TBA
Hari : TBA
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kolam Renang Presint 6, Putrajaya
Bayaran Penyertaan : RM 570-00 seorang
Termasuk : Instruktor Bertauliah, Sijil Kelayakan untuk Pingat Gangsa, ILS dan Basic CPR daripada Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia

1 comment:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Projetores, I hope you enjoy. The address is http://projetor-brasil.blogspot.com. A hug.