KURSUS ILS OPEN WATER LIFEGUARDING PUTRAJAYA

Kursus Menyelamat ‘Open Water ILS Lifeguarding’ yang dianjurkan oleh Cruise Tasik Putrajaya dengan kerjasama Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia [LSSM] yang mendapat pengiktirafan badan menyelamat antarabangsa iaitu International Life Saving Federation [ILSF] yang beribu pejabatkan di Leuven, Belgium.

Kursus ini dihadiri oleh 16 orang kakitangan daripada Cruise Tasik Putrajaya, Kelab Tasik Putrajaya dan juga Taman Wetland. Tenaga Pengajar dan Pemeriksa adalah daripada Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia [LSSM] yang amat terlatih dalam bidang masing-masing.Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk membentuk kakitangan ke arah disiplin diri, tindak balas terhadap situasi kecemasan, komunikasi dengan orang ramai, penilaian keadaan dan berkemampuan untuk memantau dan menyelia dalam semua aspek jati diri.

Bermula daripada 12hb hingga 15hb Disember, 2006 daripada jam 8 pagi hingga 6 petang. Di adakan di Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland, Putrajaya. Keadaan tasik di Taman Wetland yang sesuai iaitu dekat dengan infrastruktur yang lengkap dengan peralatan keselamatan di air seperti kenu dan bot penyelamat memberi kelebihan sebagai satu lokasi yang amat bersesuaian.
Kelas teori di adakan secara santai di dalam wakaf yang amat selesa.

Antara syarat-syarat Kelayakan Asas sebelum menyertai kursus ini adalah mempunyai Sijil Penyelamat Asas iaitu Pingat Gangsa.

Untuk lulus Open Water ILS, setiap peserta perlu melepasi 30 jam untuk latihan teori dan fizikal di samping mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang kuat untuk :
1. Lari 200 meter, Renang 200 meter dan Lari 200 meter dalam masa tidak melebihi 8 minit
2. Renang 300 meter dalam masa tidak melebihi 9 minit
3. Kelajuan Renang 50 meter dalam masa tidak melebihi 50 saat
4. Mampu menarik mangsa 100 meter
5. Mampu menyelam sejauh 25 meter
6. Kaedah menyelamat menggunakan Rescue Tube
7. Kaedah menyelamat menggunakan bot, kenu dan juga surf board
8. Kaedah menyelamat mangsa yang mengalami kecederaan tulang belakang [spinal injury]
9. Kaedah terkini aktiviti Bantu Mula dan CPR, ujian praktikal ke atas patung dan bertulis juga di lakukan
10. Penyediaan laporan yang berkaitan dengan kemalangan
WATER SAFETY - DISABLED KIDS PROGRAM

10 Qualified Instructors with assistance of 10 Bronze Medallion holder from Cruise Tasik Putrajaya Sports Club putting in their Water Safety knowledge as an effort for charity to educate a group of 30 disabled students from Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 [2].

Their disability is more to down syndrome, slow learner, hyperactive, authesma and on wheel chair as well.This project was initiated by myself as the Sports Club Advisor who is also a Qualified Instructor and an International Life Saver [ILS]Heading this project and with mandate given, Encik Azlin Alias is responsible for Year 2006 and Captain Ramli Yunus taking care the Year 2007 which they are to ensure the needs of Water Safety and Basic Swimming for all disabled is properly channeled within 20 sessions of an hour for each session.

This programme will educate the disabled in managing themselves in water towards the water confidence, safety aspect and basic swimming skills.

The one hour session were held on every Thursday starting from 9.30 am at Public Swimming Pool, Presint 16 Community Complex.At any session, at least there will be 5 Instructors alternately taking their turns in making this project a success.
CRUISE TASIK PUTRAJAYA MEMINANG PUTERI GUNONG LEDANG
- KUMPULAN A


Setelah kejayaan mendaki Gunong Nuang pada bulan pertengahan Mei, 2005, pendakian diteruskan untuk menakluki Gunong Ledang. Aktiviti dikendalikan sepenuhnya oleh Kelab Sukan Cruise Tasik Putrajaya yang telah berpecah kepada dua [2] kumpulan agar operasi pelayaran Cruise Tasik Putrajaya kepada perkhidmatan awam tidak terjejas langsung.

Kumpulan A yang diketuai oleh saya sendiri turut disertai oleh Hamid, Ramli, Razlan, Wan, Hamdan, Saiful, Zamri, Jaya dan Shikin [satu-satunya ‘bunga’ dalam kumpulan ini]
Perjalanan bermula pada jam 8.30 pagi Jun, 2006 dengan diiringi doa selamat daripada Dataran Putrajaya.

Tiga buah kenderaan terus menyusuri Lebuhraya Utara Selatan dan singgah untuk sarapan di R&R Seremban. Perjalanan diteruskan mengikut susur keluar Tangkak dan menuju Gunong Ledang Resort, Sagil. Persinggahan di Tangkak untuk mendapat bekalan-bekalan mentah terakhir untuk makan malam nanti. Tangkak sememangnya terkenal dengan kain-kain ela dan kain langsir.

Tiba di Gunong Ledang Resort pada jam 1.00 tengahari dan persiapan urusan pendaftaran dilakukan di Pejabat Rangers sebelum ke Base Camp Kolam Puteri.

Pendakian 584 anak tangga amatlah memenatkan, tambahan pula membawa barangan perkemahan dan makanan mentah, namun pendakian diteruskan juga berbekalkan semangat setiakawan sesama sendiri dan selamat sampai di Base Camp pada jam 1.45 tengahari.

Ketibaan kami disambut oleh hujan renyai-renyai dan deruan air terjun yang seolah-olah menggamit kami.Perancangan agihan tugas terus dilakukan serta merta dalam pendirian kemah, mencari kayu api dan persiapan memasak. Masing-masing telah sedia maklum akan tugas setiap individu berbekalkan pengalaman pendakian Gunong Nuang dahulu.

Masakan pada petang itu merupakan makan tengahari bermenukan ikan pari masak asam disediakan oleh ‘chef’ Razlan.Sedang makanan disiapkan, kebanyakan peserta terus tidak putus-putus menggunakan setiap masa yang terluang dengan mandi manda dalam air yang telah sedia maklum sejuknya.

Suasana malam amat sejuk bertemankan bunyian cengkerik dan deruan air terjun membuat semua kakitangan dibuai mimpi untuk berjumpa tuan puteri pada keesokan hari.Selesai sudah menunaikan subuh, penyediaan sarapan pagi yang ala kadar dibekalkan untuk pendakian.

Pendakian pertama bermula agak lewat ke CP 1 akibat salah faham antara Jurupandu dengan pihak kami, namun itu tidak melemahkan semangat untuk memulakan pendakian.Terkejut gila kita orang mendengarkan pendakian harian akan memakan masa lebih kurang 12 jam. Selesai doa selamat oleh Abang Zamri, pendakian membawa kegemilangan Cruise Tasik Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya diteruskan juga.

Pendakian kami di pandu oleh Jurupandu Taman Negara Johor, Sham.

Pendakian amat merangsangkan dan berterusan ke CP 5 dan Gua Kambing di CP 6. Setibanya di Batu Hampar, Wan mengalami kekejangan otot yang menyebabkan perjalanan terus menjadi perlahan. Berbekalkan kursus yang diberi sejak awal lagi, Wan diberi rawatan balutan oleh peserta yang lain dan ia mampu untuk terus sampai ke puncak.Kagum kami pada sepanjang laluan Taman Bonsai yang amat cantik sekali, Bukit Botak terus menerus menguji kami.

Azan terus dilaungkan oleh Saudara Hamid sebagai menjiwai kebesaran Yang Maha Besar apabila menjejak kaki ke puncak lebih kurang jam 3.45 petang.Pendakian turun amat meletihkan memandangkan bekalan makanan amatlah terhad dan kesabaran kami terus teruji dengan perjalanan Shikin yang banyak memperlahankan penurunan kami.

Penurunan kami terus teruji memandangkan hari semakin gelap dan tidak berbekalkan lampu suloh, namun lighter dan handphone menjadi penerang jalan sehingga ke kaki Gunong Ledang untuk menjamu hidangan burger, durian dan minuman isotonik. Bayangkan menuruni Ledang hanya dengan punca handphone!!Shikin merupakan peserta terakhir menjejak kaki pada jam 9.45 malam. Perjalanan kami diteruskan ke Putrajaya dengan membawa seribu kenangan.

Terima kasih tidak terhingga kepada Jurupandu Sham yang tabah dalam memperjuangkan tanggungjawabnya menjaga keselamatan kami.

Banyak yang hendak diceritakan pada Kumpulan B nanti pada keesokan harinya kat Cruise Tasik Putrajaya.
CRUISE TASIK PUTRAJAYA MEMINANG PUTERI GUNONG LEDANG
- KUMPULAN B

Kumpulan B yang diketuai Raja Azmi turut disertai oleh Zahari, Wan, Yunizar, Shahrel, Ritta, Sathia, Jasni, Azlin, Zul dan Susi. Perjalanan yang sama dengan masa yang seiring dengan Kumpulan A banyak memberi kelebihan kepada Kumpulan B.

Kami tiba dalam suasana hujan lebat yang berterusan dan ini meyukarkan perjalanan kami walau pun ke Base Camp Kolam Puteri.Air terjun pada awalnya tenang, terus mengganas yang menyebabkan kami tidak berpeluang mandi dengan puas seperti mana Kumpulan A.

Keriangan terus memuncak pada malam pertama dengan jamuan Barbeque dan Majlis Hari Jadi di Gunong Ledang. Selamat Hari Jadi buat Raja Azmi dan Sathia, kenangan seumur hidup di Base Camp.

Pendakian bermula pada jam 7 pagi keesokkan hari. Tibanya dipuncak pada jam 12.10 tengahari, disambut laungan azan oleh Jasni.Pendakian ke puncak menggunakan tali dengan air mencurah dimuka merupakan satu pengalaman yang tersirat dihati kami.

Mencatumi cabaran mendaki dalam keadaan hujan tapi cabaran penurunan yang paling mengerunkan keranan terpaksa melalui 5 jeram yang mengganas. Namun hasil kerjasama yang ditunjukkan kami mampu merentasi halangan bersama-sama kebijaksanaan Jurupandu Azlan.

Pengalaman belajar cara-cara menyelamat di tempat kerja dan kerjasama berpasukan banyak membantu kami dalam menyeberangi arus deras.Bayangkan semasa mendaki, laluan anak sungai hanya separas buku lali tetapi semasa penurunan menjadi separas pinggang, ngerinya hanya berserah kepada Yang Maha Besar.

Apakah Tuan Puteri murka ????

Tibanya kami di kaki Gunong Ledang pada jam 7.00 petang dengan perasaan bercampur baur atas semangat setiakawan.

Setibanya di Cruise Tasik Putrajaya pada keesokan harinya untuk meneruskan operasi harian terus merancang kemana pulak kita selepas ini.

Bertemu lagi kita nanti ke White Water Rafting di Gopeng, bersuka ria di Taman Tema Air Lost World of Tambun dan Berkelah di Air Panas Sungai Klah, semuanya dalam satu perjalanan.

Semuga Kelab Sukan Cruise Tasik Putrajaya terus mengimbangi semangat setiakawan sesama kami selamanya.